lirikcinta.com
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 #

lirik lagu diari yb – n.d. lala

Loading...

bangun pagi-pagi
tamu dah menanti
bukan nak cari kopi
nak tanya pasal subsidi

hai belum sempat sarapan
dah ada pula panggilan
kaum kerabat orang kanan
nak minta surat sokongan

jam baru pukul 8
yb kena lawat kawasan
tapi di tengah jalan
pengundi tahan minta bantuan

disambut dengan kompang
ayam itik pun banyaklah tumbang
kemudian ditunjuk jalan berlubang
disuruh yb segera timbang

hey… yah…

pada waktu tengahari
ada pula jemputan kenduri
kalau yb tak pergi
silap-silap nanti kurang undi

hai dalam sibuk-sibuk
orang sakit yb jenguk
hai teruk ke tak teruk
poket tetap yb kena seluk

ketika awal petang
ada satu sidang
yb tak boleh tak datang
takut nanti kerusi terbang

sebelum senja ke padang bola
yb dijemput sampaikan piala
sambil tu mereka bertanya
jersi baru kami, hai macam mana?

hey… yah…

bila malam tiba
ceramah jadi agenda
kalau yb tak bersedia
kena tanya mungkin ternganga

bila habis berceramah
kampung lain yb singgah
bukan sekadar menjengah
tapi nak tinjau masalah

walau dah lenguh badan
yb balik ke caw-ngan
ditanya orang harapan
apakah strategi lawan

lewat malam digerai tepi jalan
yb berembun melayan kawan-kawan
dengar pendapat dengar pandangan
sambil itu kenalah belanja makan

sewaktu yb balik
burung hantu pun rasa pelik
isteri sendiri dan tak larat celik
anak-anak pun dah lama tergolek

selepas yb mandi yb belek itu dan ini
kemudian picit-picit jari sendiri
cari jalan nak tolong pengundi
hingga dinihari yb tak tidur lagi

esok pagi-pagi dah ada tamu menanti
-ssalamualaik-m yb

beginilah hidup yb yang berjiwa rakyat

lirik lagu lainnya :

YANG LAGI NGE-TRENDS...

Loading...