lirikcinta.com
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 #

lirik lagu kotarayaku ii – altimet

Loading...

kuala lumpur senyumanmu
ini kotaraya yang sering berkata
kalau berani ayuh mari cuba saya
siapa mahu cuba dicabar semua
si kota terima dengan tangan terbuka
apa hasratnya bila ditanya
si kota hanya senyum selamba
apa kamu mahu semuanya bisa
jemput ke rumahku sila-sila
di dalam hatinya banyak rahsia
banyak kisah benar ramai saksinya
ada yang gagal ada yang berjaya
ada bersahaja ada capai kerjaya
ada rezeki yang melimpah ruah
hingga kurang nasi terlebih kuah
ada yang sial ada yang bertuah
cerita sama hanya watak berubah
di kuala lumpur
(kuala lumpur)
kau yang tak pernah tidur
(kuala lumpur)
menjaga mimpi yang luntur
(kuala lumpur)
terlanjur tak boleh undur
(kuala lumpur)
di kotaraya kuala lumpur
ini kotaraya talam dua muka
katanya madu kau disuap cuka
selepas dibelai hatimu di luka
di pijak kepala lepas di beri muka
kau kan ditelan lantas diludah
pesta s-m-ntara sesal tak sudah
lampu berkelipan bikin hati buta
hidup serba laju trafik kura-kura
bukan main-main tapi tetap selamba
suasana berubah bila malam melanda
lihat anak muda yang tak punya
tujuan berlumba guna kuasa kuda
jangan salah laku cuba lawan syahdu
senyala lilin mengejar wap
ramai yang gagal bila di duga
tapi masih ramai yang berani cuba
di kuala lumpur
ulang aku rehat sebentar di dataran merdeka
menyuntik kasih dalam urat mereka
lihat si buaya ligat bercereka
pada si dara untuk menyuap selera
lihat si dara begitu katanya
dibelai situa yang bukan bapanya
lihat sibapa gandakan usia
anaknya empat jadi kerjanya dua
lihat si remaja santai kaki lima
tiada harapan buat apa ada cita
lihat si pegawai
mengemis rasuah
tinggi sewa rumah jadi itu lumrah
lihat anak dato
membesar sendiri
semua dibeli tapi tak mampu pekerti
sebelum berjalan pandang kanan kiri
selamat datang harapan dan bawa diri
di kuala lumpur
ulang

lirik lagu lainnya :

YANG LAGI NGE-TRENDS...

Loading...