lirik lagu selamat pagi – altimet feat. diandra arjunaidi
selamat pagi sayang
hari kian siang dan mendatang
ku tak ingin keseorangan
selamat pagi sayang
minta disedekahkan sedikit senyuman
selamat pagi sayang
mungkin kau tak tahu yang aku kempunan
mungkin tak tahu hidup aku kemiskinan
kurang kecantikan kurang keindahan
senyum mu sulaman terangkan yang suram
tawa mu tewaskan rasional ku tak keruan
jangan pergi sayang
kata kamu kita belum bersarapan
jangan pergi sayang
kata mama sudah siapkan santapan
makan bersama kau minta disuapkan
sedikit bubur sayuran yang telah diuwapkan
kongsi sepinggan kau di riba masih ringan
cebit bibir dan berkata bila kamu ditinggalkan
kasih berikan daku masa
sebelum kau pergi menghadap dunia
bela daku dengan mesra
kerna itu saja yang daku pinta
selamat pagi sayang
aku dikejutkan kau beri senyuman
buka mata sayang
terus diingatkan yang ingin ku lupakan
ya hari ini hari perkahwinan
aku mewalikan kamu didalam pernikahan
atur caranya beres rapi persiapan
aku mengalukan menantu dipersilakan
jangan pergi sayang
bisik hati aku yang mati mati tak mahu
jangan pergi sayang
sepatutnya lelaki dalam hidupmu hanya aku
sepatutnya kamu fikirkan aku selalu
tapi hati kamu mahu apa hati kamu mahu
apa aku mahu aku ketepikan
dengan janji kamu aku takkan kesepian
kasih berikan daku masa
sebelum kau pergi menghadap dunia
bela daku dengan mesra
kerna itu saja yang daku pinta
biar selamanya
hanya kau dan aku bergerak perlahan
menghenti masa
kasih berikan daku masa
sebelum kau pergi menghadap dunia
bela daku dengan mesra
kerna itu saja yang daku pinta
biar selamanya
selamat pagi
lirik lagu lainnya :
- kumpulan lirik lagu barren › lirik lagu 22 years – barren
- kumpulan lirik lagu virgils devil › lirik lagu blood rain – virgil’s devil
- kumpulan lirik lagu maldita vecindad y los hijos del quinto patio › lirik lagu el chulo – maldita vecindad y los hijos del quinto patio
- kumpulan lirik lagu wizthemc › lirik lagu feelin’ me – wizthemc
- kumpulan lirik lagu rav › lirik lagu soles – rav
- kumpulan lirik lagu curbside jones › lirik lagu ecstatic 1.8 – curbside jones
- kumpulan lirik lagu giag700 › lirik lagu hellboy – giag700
- kumpulan lirik lagu the rivers band › lirik lagu forced fed – the rivers band
- kumpulan lirik lagu bozza › lirik lagu 30 km/h – bozza
- kumpulan lirik lagu radio stanley › lirik lagu a year from heaven – radio stanley