lirik lagu oda bumi anbia – dato’ sri siti nurhaliza
(prologue)
izinkanlah aku bercerita
sebuah kisah yang telah engkau tahu
dari kaca tv dan di dada-dada akhbar
kau sendiri melihat dan mendengarnya bukan?
penganiayaan satu bangsa terhadap
satu bangsa yang lain
begitulah apabila kem-n-siaan
di penghujung kewarasan
[verse 1: dato’ sri siti nurhaliza]
merengkok tubuh mungil
di atas pasir berb-mbung langit
entah apalah dosanya
rebah dihinggap peluru yang tak bermata
[verse 2: dato’ sri siti nurhaliza]
berkawat lasykar angkuh
di balik jentera perisainya
berselendangkan senjata
tiada belas nuraga nun dihatinya
[chorus: dato’ sri siti nurhaliza]
dunia bagai pejamkan mata
serta terpasung tangannya
tidak mampu berbuat apa
sedangkan mungkar beraja, oh
[monologue]
netzarim, khan yunis, gaza, jenin
namlus dan sepanjang tebing barat
hari demi hari
lasykar angkuh ini
terus mengganas mencari mangsanya
kanak-kanak atau orang tua
tidak mengapa
pada mereka sama sahaja!
[verse 3: dato’ sri siti nurhaliza]
mengalir darah merah
di atas b-mi suci anbia
laungan intifada
bergema membakar semangat perjuangannya
[chorus: dato’ sri siti nurhaliza]
dunia bagai pejamkan mata
serta terpasung tangannya
tidak mampu berbuat apa
sedangkan mungkar beraja, oh
ooo oooo
[chorus: dato’ sri siti nurhaliza]
dunia bagai pejamkan mata
serta terpasung tangannya
tidak mampu berbuat apa
sedangkan mungkar beraja, oh
[chorus: dato’ sri siti nurhaliza]
dunia bagai pejamkan mata
serta terpasung tangannya
tidak mampu berbuat apa
sedangkan mungkar beraja
oh mengapa
[epilogue]
sampai bila…?
sampai bilakah penindasan dan
kekejaman ini akan berterusan?
sampai bilakah b-mi anbia ini akan terus
menyaksikan pertumpahan darah
sampai bila rakyatnya harus terkapai-kapai
mencari keadilan dan kebebasan?
aku sendiri menanti jawabnya
lirik lagu lainnya :
- kumpulan lirik lagu eclection › lirik lagu in her mind – eclection
- kumpulan lirik lagu nba whiteboy › lirik lagu afterlife (prod. discent) – nba whiteboy
- kumpulan lirik lagu thisisda › lirik lagu laid out – thisisda
- kumpulan lirik lagu blaze to raise › lirik lagu ash – blaze to raise
- kumpulan lirik lagu cg cruz › lirik lagu trouble – cg cruz
- kumpulan lirik lagu maia kamil › lirik lagu call me willow – maia kamil
- kumpulan lirik lagu aurora newcomb › lirik lagu far from fiction – aurora newcomb
- kumpulan lirik lagu janet mona › lirik lagu suffer – janet mona
- kumpulan lirik lagu nelsh › lirik lagu gevoel – nelsh
- kumpulan lirik lagu tosan › lirik lagu writer’s block – tosan