lirikcinta.com
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 #

lirik lagu salam aidilfitri – queenzy cheng 莊群施

Loading...

♬♬♬♬♬♬♬♬

berpuasa sebulan ketika ramadhan
sempurnakanlah amal ibadah
kepada orang bertaqwa dan beriman
banyakkan berdoa dan bermuhasabah

syawal kian menjelma kita nantikan
mengacau dodol dan membakar lemang
sempurna sudah puasa sehingga sebulan
riuh-rendah menanti fajar menyingsing

salam aidilfitri walau di mana sahaja
beribadat dan bersyukur kepada maha esa
salam aidilfitri
bagai bintang yang terserlah
kegembiraan membawa berkat di hari raya

♬♬♬♬♬♬♬♬

di pagi aidilfitri aku berdoa
ku pohon ampun dosa-dosa ku
bermaaf-maafan dengan ahli keluarga
tak lupa juga restu ayah dan bonda

saling kunjung-mengunjung amalan kita
sambut bersama tak mengira bangsa
riang ria bergembira suasana raya
terukir senyuman manis di wajah semua

salam aidilfitri walau di mana sahaja
beribadat dan bersyukur kepada maha esa
salam aidilfitri
bagai bintang yang terserlah
kegembiraan membawa berkat di hari raya

salam aidilfitri kita sambut hari raya
semarakkan aidilfitri dengan memori indah
salam aidilfitri kita sambut hari raya
jom beraya tak kira di kampung atau di kota

rasa bersyukur sambut kemenangan hari raya

lirik lagu lainnya :

YANG LAGI NGE-TRENDS...

Loading...